Kaku aku dipukul bayu
sayu bayu menatap layu
layu aku dibangku lalu
lalu aku terus berlalu…
Berlalu aku bukan melulu
melulu aku bukan begitu
kalau aku berlalu begitu
bukanlah aku didalam aku…
Kalau kamu mengerti aku
aku terpaku aku terharu
tetapi aku sentiasa tahu
bahawa ”kamu” sentiasa ”kamu”…
Masa berlalu terus melulu
melulu terus meninggalkan aku
mahunya sentiasa kamu tahu
yang ”aku” sentiasa ”aku”…
0 comments:
Post a Comment